IDOLA - novel remaja

IDOLA - novel remaja Watak utama : SHIRIN Watak cerita : AYU NADIRA (penyanyi popular) Plot : Kisah peminat bersama IDOLA nya...perasaan, kehidupan dan pengaruh..(kasih sayang) Ending : gembira, puas hati & kecewa bersilih ganti

Friday, July 29, 2005

Shirin akui alam remaja yang ditempuhi tidaklah seindah mana…mgkin keadaan fizikal Shirin yg selalu menjadi bahan usikan dan kadang-kadang ianya menjadi bahan hinaan, namun Shirin pasrah…ketentuan Allah swt mengatasi segala-galanya…manusia memang tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yg telah Allah swt kurniakan pada mereka. Shirin cuba mengatasi gelodak hati dgn selalu berfikir bahawa semua manusia itu sama, hanya amal perbuatan mereka yg menentukan baik-buruknya diri seseorang itu…Shirin tersenyum puas dengan apa yg dirasainya. Namun begitu, Shirin masih boleh berbangga dan dapat merasakan kebahagian dalam hidupnya bila keluarga merupakan tunggak kekuatan Shirin…ibubapa dan adik beradik yg sentiasa ada disisi ketika diperlukan…Shirin mengucap syukur. Shirin pun bukannya pelajar yg ketinggalan dalam kelas…malah antara yg terbaik…namun begitu, citi-cita Shirin tidak sampai ke tahap yg diidamkannya kerana Shirin tidak dapat melanjtkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi…factor-faktor rendah diri juga merupakan sebahagian dari punca kegagalan Shirin utk mencapai keputusan peperiksaan yg cemerlang…Shirin menyambung pelajaran ke tingkatan 6…namun mungkin Shirin tidaklah sebijak org lain…keputusan agak memuaskan…Shirin akur…tapi setakat itu sajalah perjuangan Shirin dalam pelajaran.

Shirin memulakan hari-hari dan zaman remaja ke alam dewasa dgn penuh ranjau dan duri…fizikal Shirin masih menjadi pertikaian setiap orang…’kenapa lah Shirin ni kecik sangat, macam budak sekolah rendah jer…’, rakan-rakan Shirin mngusik dengan nada yang sinis…mereka ketawa dan mungkin mengharapkan Shirin akan ketawa bersama mereka…hati Shirin terluka walaupun senyuman pahit dilemparkan kepada mereka…’nampaknya tiada siapa yg peduli kelukaan hati aku…’, rintih Shirin dalanm hati…hanya Allah yg tahu….Shirin pasrah lagi dalam tangisan dan kelukaan…Shirin hairan dan pelik kenapa manusia selalu mempertikai apa yg telah Allah kurniakan pada orang lain…’jagalah diri sendiri tu dulu…macamlah mereka tu sempurna sangat…’, keluh Shirin, geram…
Namun begitu Shirin harus juga lalui hari-hari mendatang dengan tabah dan keyakinan yg kuat dalam diri…
Setelah agak lama menjadi penganggur terhormat, Shirin akhirnya berjaya bekerja di sebuah Institusi pendidikan yg terkenal…walaupun jawatan tidak setinggi mana..namun Shirin bersyukur…rezeki Shirin dan keluarga…Shirin terima dengan sukacita…namun manusia tetap sama di mana-mana…sekali lagi Shirin terpaksa berdepan dgn kata-kata usikan nakal yg selalunya mengguris perasaan…Shirin tidak memperdulikan itu….
Lama masa berlalu….diam tak diam, sudah 3 tahun Shirin melalui suka dan duka bersama rakan sekerja….tidak semua rakan menganggap Shirin berbeza…ada juga seorang dua yang baik hati dan prihatin…Shirin bahagia bersama mereka….semakin masa berlalu, semakin bertambah umur Shirin…teringin juga Shirin untuk berkeluarga…walaupun masih dalam kategori remaja namun zaman percintaan dan perasaan menyayagi seseorang tetap ada pada Shirin…sekali lagi Shirin terpaksa melalui jalan-jalan sukar…ramai juga pemuda yg Shirin minati namun ada satu yang paling Shirin ingati…bukan kerana ketampanan atau kebijaksanaannya, tapi kerana kelancangan butir bicaranya…’Awak ni kecil sangatlah untuk saya kahwini…’, keluh Azman….’saya risau pulak….awak kahwin dengan orang lain lah…kalau ada yg sesuai….’, sambung Azman dengan senyum sinisnya….Shirin menganggap itu gurauan, walaupun hati Shirin bagai di tikam pisau yang paling tajam…’Tidak mengapalah, bukan aku tergila-gilakan dia pun…’, hati Shirin berkata…

Semangat Shirin terus jadi luntur dan dapat merasakan betapa sukar utk mengubati luka yang terlalu dalam ini….’Ya Allah, kenapa ini ujian Mu…tabahkan hati aku Tuhan….’, Shirin pohonkan…
Shirin yakin Allah Maha Penyayang….tidak beberapa selepas itu…Shirin berkenalan dengan seorang pemuda…Shirin tidak mengharap apa-apa yang akan terjadi…Shirin hanya pasrah dan meneruskan hidup serta kerjaya yang ada…namun mungkin telah jodoh, Shirin di satukan dengan Fazal….Alhamdulillah, Fazal sangat baik hati dan menerima Shirin seadanya…walaupun banyak kata-kata yg berupa usikan pada Fazal tentang Shirin…Fazal tidak peduli dan faham tentang kebaikan dan kesucian hati melebihi segala-galanya…Shirin masih orang yang sama….rendah diri selalu mengatasi segala-galanya…Shirin cuba menempuhi hidup dengan rasa gembira dan bahagia…namun masih terasa kekurangan sebahagian dari kebahagian dan ketenangan.

Shirirn masih mencari….dan dalam perjalanan itu, Shirin berjumpa ketenangan dan kebahagian yg Shirin cari iaitu melalui muzik….hidup Shirin yg telah biasa bersendirian dan kesunyian terasa terubat dgn muzik…Shirin masih belum dikurniakan cahayamata…Shirin tidak kesal malah pasrah dan sentiasa berusaha….namun dalam meniti perjalanan itu…Shirin mengubat keresahan hati melalui muzik…ketika itu, Shirin sering juga bersendirian kerana Fazal selalu tiada di sisi….kerjaya Fazal sangat mencabar dan memerlukan beliau selalu ke luar negara. Shirin redha dan cuba mencari ketenangan dengan caranya sendiri. Shirin selalu melayari internet dan berbual secara ‘on-line’ dengan rakan-rakan. Suatu ketika Shirin terjumpa satu halaman di mana terserlahnya seorang artis baru yang Shirin sendiri belum pasti kemunculannya di arena seni tanahair.
Shirn dapati artis ini baru menapak yang sedang dalam usaha utk menaikkan diri ke pringkat yang selesa….ketika itu masih tidak ramai yang berbicara tentang beliau…Shirin teliti dan mencari….AYU NADIRA…nama yang cantik dan indah….seindah wajahnya…Shirin terus tertarik dan ‘jatuh cinta’ pada pandangan pertama…Shirn bertekad untuk mengenali dan mencari, siapa AYU NADIRA….’Ayu tunggu kemunculan Shirin, ok…’, bisik Shirin….angan panjang Shirin membuatnya tersenyum sendiri…..semangat semakin tinggi, rendah diri hilang seketika…..’kaulah yang aku cari…’, kata hati Shirin….

Monday, July 15, 2002

Pemandangan hijau halaman rumah dgn rumput dan pokok-pokok sangat menyegarkan pandangan mata Shirin. Alangkah indahnya perasaan nyaman dan tenang...alhamdulillah kurnian tuhan kepada alam semesta. Tahun ini genap 35 tahun umur Shirin...tidak pernah ia menyangka yang masa begitu cepat berlalu...rasanya baru saja melihat dunia, alam kanak-kanak, remaja dan seterusnya melangkah ke alam dewasa. Anak kecil yg comel berlari-lari riang lebih mendamaikan lagi hati Shirin...'sudah 5 tahun umur anak ini...rezeki tuhan satu-satunya pada aku yg tiada bandingan',kata hati Shirin.
Shirin merenung lagi...mengingat masa-masa yg telah dihabiskan dalam usia ini...rasanya terlalu banyak yg telah dilalui...telah ditempuhi...suka-duka, senyum dan tangis...semuanya seolah-olah dalam genggaman.Namun Shirin akur pada takdir...setiap yg berlaku adalah ketentuan dari Yang maha Esa.